Sunday, January 5, 2014
2013. CHANCES
Setiap kali teringat, rasa nak keluarkan air mata, tapi entah dekat siapa. Siapa suka di tipu, bila setiap perbuatan di sangka ikhlas dan jujur tapi sebaliknya yang terjadi. Terasa ingin menangis, tapi tiada siapa mengerti, terus di simpan dan di simpan. Tiada siapa yang tahu.
Mungkin juga aku ni lurus sangat, senang percaya setiap perbuatan orang. Ye aku perempuan lurus. Senang diperbodohkan mungkin. Gembira, semua aku fikir indah sebelum dapat tahu semua ini. Jarang bergaduh, selalu bersangka baik,tak pernah terfikir pun diperlakukan begini.
Tapi aku lupa, manusia tak perfect. Tak semestinya bahagia selamanya. Ikhlas dan terus bagi kepercayaan, ingatkan akan bahagia, tp rupanya kecewa akhirnya.
tak sangka pun akan jadi mcmni. telan dan hadam. Semua.kepercayaan aku dah hilang, Hati aku dah hancur. Terus memberi peluang dan peluang. Terasa jiwa sedikit mati diperlakukan begini.
Tu lah masalah aku, beri peluang peluang peluang dan peluang.
Dah janji nak berubah terus. So sila berubah terus. tiada lagi ayat 'changing bit by bit'.
Gembira sebab rasa 'amanah' hilang pada haritu. sekurangnya aku tahu apa sebenarnya yang jadi belakang aku. sikit pun jadilah supaya takdelah terus di tipu. Ye, sedih. tapi mungkin aku nampak keikhlasan kau nak berubah. Sebab itu aku bagi kau peluang. DAN peluang lagi.
Bukan taknak bersikap positif, (bersangka baik) tapi dah penat. Dulu penuh dengan 'aura' positif tapi entah lah. SERIK. Minta maaf.
Setiap kali rasa ingin putus asa, teringat ayat kau, 'let the time prove it, wether i'm worthy enough for you or not'. Mungkin juga aku tunggu "masa" je sebenarnya.
PELUANG TERAKHIR.
peluang terakhir yang aku bagi pada kau. semoga kau tidak sia sia kan. sebab kali ni aku pegang pada kata aku.
Mungkin selepas ni aku takde dah fikir pasal sayang pada siapa, pada kau keluarga atau siapa siapa.
Sebab aku pun deserve to be happy even tiada siapa teman aku.
I deserve peace.
5 TAHUN, SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN, AMIN.